Tentang kami
Firma kami adalah salah satu firma penggubal surat rasmi terkemuka di Malaysia. Dengan menggabungkan kepakaran, pengalaman dan tenaga kakitangan kami, setiap pelanggan mendapat perhatian dan layanan peribadi dan profesional. Piawaian yang mengikut standard, perkhidmatan dan kakitangan yang berpengalaman kami menunjukkan serta membuktikan perbezaan antara prestasi cemerlang kami dan firma yang lain.
MISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, cekap, dan fleksibel bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang optimum dalam mewujudkan sistem tadbir urus yang baik dalam penyediaan dan penyampaian surat-menyurat rasmi untuk diamalkan oleh semua pihak bagi memastikan perkhidmatan serta penyampaian maksud yang cemerlang.
VISI
Menjadi sebuah organisasi yang terbilang dalam pengurusan surat-menyurat dan/atau dokumen-dokumen rasmi yang terulung serta berdaya saing.
objektif
- Mempertingkatkan kesedaran tentang hak dan tanggungjawab individu termasuk syarikat/firma terhadap asas penyediaan surat-menyurat dan/atau dokumen-dokumen rasmi.
- Memastikan sistem pengurusan surat-menyurat dan/atau dokumen-dokumen rasmi bagi meningkatkan tahap kecekapan dankeberkesanan dalam proses penyediaan, penyampaian dan penerimaan.
- Melaksanakan program latihan kemahiran penyediaan surat-menyurat dan/atau dokumen-dokumen rasmi ke arah melahirkantenaga kerja yang mahir dan berdaya saing.
- Memberi khidmat nasihat yang efektif dalam dalam proses penyediaan, penyampaian dan penerimaan surat-menyurat dan/ataudokumen-dokumen rasmi
- Menyumbang dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kreatif, kritis dan konstruktif dalam prosespenyediaan, penyampaian dan penerimaan surat-menyurat dan/atau dokumen-dokumen rasmi bagi para pelanggan