BANNER S2U 1 (2)
BANNER S2U 1 (2)
BANNER S2U 2 (1)
BANNER S2U 3
BANNER S2U 4
BANNER S2U 5
BANNER S2U 7

PERKHIDMATAN KAMi

Mengubal dan menyediakan Surat-Surat Rasmi bagi pihak anda.

Menyediakan dan/atau mencetak surat-surat rasmi bersekuriti.

Penyediaan "Copywriting"

MENYEDIAKAN SURAT/NOTIS PERINGATAN PEMBAYARAN

Membuat atau melaksanakan penyerahan surat dan/atau dokumen rasmi bagi pihak anda.

Mengubal dan menulis Laporan Polis atau Laporan-Laporan khas kepada Pihak Berkuasa dan/atau agensi kerajaan mahupun swasta.

Memberi Khidmat Nasihat berhubung penyediaan surat-menyurat dan/atau dokumen-dokumen rasmi

WANT TO STAY INFORMED?

Sign Up For Our Newsletter Now!

MENGUBAL DAN MENYEDIAKAN SURAT-SURAT RASMI.

Apabila berurusan dengan mana-mana Individu, Agensi Kerajaan mahupun swasta, adalah menjadi suatu keperluan dan/atau kewajiban anda untuk memastikan segala urusan, perbincangan atau permohonan direkodkan secara bertulis. Perkara yang tersebut diatas adalah menjadi amat penting apabila ianya diperlukan untuk diguna pakai sebagai suatu bukti mahupun sebagai suatu rujukan pada masa-masa akan datang.

Sebagai contoh, apabila anda menerima apa-apa surat secara bertulis, anda adalah diwajibkan untuk menjawab surat tersebut secara bertulis bagi mengelakkan apa-apa alasan yang mana anda didapati telah tidak memberi sebarang respon terhadap surat yang telah anda terima daripada pihak yang lain.

surat2u.com merupkan pakar dalam pengubalan dan penyediaan Surat-Surat Rasmi bagi pihak anda. Antara surat yang menjadi permintaan adalah seperti :
– Surat permohonan pembayaran secara ansuran bagi bil-bil utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Syarikat Bekalan Air mengikut Negeri masing-masing.
– Surat permohonan pembayaran ansuran kepada Agensi-Agensi Kerajaan. Contohnya Cukai Taksiran oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain.
– Surat peringatan pembayaran.
– Surat berkaitan pekerjaan anda.
– Lain-lain jenis surat rasmi bagi pihak anda.

Dalam memberi suatu kesan yang lebih efektif, kami di surat2u.com akan memudahkan anda dengan mendengar, menilai, menggubal, menyediakan dan akhirnya menyerahkan kepada anda surat yang anda perlukan tersebut.

PENYEDIAAN AYAT PERSUASIF / AYAT JUALAN / AYAT PROMOSI / AYAT MEMUJUK  (“COPYWRITING”)

Adakah anda perlu untuk mengiklankan sesuatu produk atau perkhidmatan yang anda jual atau sediakan?

Bagaimanakah anda perlu menulis Ayat Persuasif atau Ayat Jualan atau Ayat Promosi atau Ayat Memujuk  (“Copywriting”) bagi produk atau perkhidmatan anda tersebut supaya ianya dapat meberi kesan yang efektif?

Ayat Persuasif atau Ayat Jualan atau Ayat Promosi atau Ayat Memujuk  (“Copywriting”) pada kebiasaanyanya akan digunapakai di dalam hebahan melalui Iklan bercetak, laman web, email, aplikasi media sosial seperti ‘Whatsapp’, ‘Facebook’, ‘Telegram’, ‘Wechat’, ‘Instagram’, ‘Twitter’ dan lain-lain.

Dalam memberi suatu kesan yang lebih efektif,  kami di surat2u.com akan memudahkan anda dengan mendengar, menilai, menggubal, menyediakan dan akhirnya menyerahkan kepada anda Ayat Persuasif atau Ayat Jualan atau Ayat Promosi atau Ayat Memujuk  (“Copywriting”)  tersebut.

 

MENYEDIAKAN SURAT/NOTIS PERINGATAN PEMBAYARAN

Adakah anda mempunyai masalah dengan Pelanggan anda yang mana masih mempunyai hutang tertunggak dengan anda atau perniagaan anda?

Apabila berlakunya sesuatu keadaan yang mana anda masih gagal untuk mendapatkan kembali hutang tertunggak daripada pelanggan anda tersebut, anda akan terpaksa atau ingin memberi suatu surat / notis kepada pelanggan anda tersebut untuk membayar hutang tertunggak tersebut. 

Adakah Notis kepada pelanggan anda tersebut cukup berkesan dan efektif?

 surat2u.com merupakan pakar dalam pengubalan dan penyediaan suatu surat / notis kepada pelanggan bagi pihak anda. 

Dalam memberi suatu kesan yang lebih berkesan dan efektif, kami di surat2u.com kini menyediakan Perkhidmatan untuk menyediakan :

  • Notis Peringatan Pembayaran.
  • Notis Tawaran Pembayaran Ansuran.
  • Notis Tuntutan

Surat atau Notis tersebut boleh dihantar oleh anda, syarikat anda atau sebuah firma guaman (Peguambela & Peguamcara) bagi pihak anda.

PENYERAHAN SURAT / DOKUMEN RASMI.

Apabila berurusan dengan mana-mana Individu, Agensi Kerajaan mahupun swasta, adalah menjadi suatu keperluan dan/atau kewajiban anda untuk memastikan bahawa anda dapat menyerahkan surat atau dokumen rasmi anda kepada pihak penerima.

Sering kali kita mendengar terdapat pihak yang enggan menerima sesuatu surat dan/atau dokumen  dan perkara tersebut telah menjadi  sukar bagi anda untuk melaksanakan penyerahan surat atau dokumen rasmi anda tersebut.

Oleh yang demikian, anda boleh melantik pihak kami di surat2u.com untuk melaksanakan penyerahan surat dan/atau apa-apa dokumen rasmi bagi pihak anda.

 

MENGUBAL DAN MENYEDIAKAN LAPORAN ATAU ADUAN RASMI.

Pada kebiasaannya anda mungkin mempunyai masalah ketika berurusan dengan Pihak Berkuasa dan/atau Agensi Penguatkuasaan dan/atau Agensi Kerajaan mahupun swasta.   

Apabila berlakunya sesuatu masalah anda akan terpaksa atau ingin membuat suatu laporan mahupun aduan terhadap masalah tersebut.

Adakah laporan ataupun aduan anda tersebut cukup berkesan dan efektif? Perkara ini amat penting apabila sesuatu laporan ataupun aduan diperlukan untuk diguna pakai sebagai bukti mahupun sebagai suatu rujukan pada masa-masa akan datang.

surat2u.com merupakan pakar dalam pengubalan dan penyediaan laporan dan /atau aduan rasmi bagi pihak anda.  Antara laporan dan /atau aduan yang menjadi permintaan adalah seperti :

  • Laporan Polis.
  • Laporan kepada mana-mana Pihak Berkuasa dan/atau Agensi Penguatkuasaan dan/atau Agensi Kerajaan dan/atau swasta.
  • Pertanyaan status dan atau tindakan susulan terhadap sesuatu laporan dan/atau aduan.
  • Aduan Rasmi kepada mana-mana pihak terhadap apa-apa Perkhidmatan yang anda tidak berpuas hati.
  • Aduan rasmi atau laporan terhadap mana-mana Individu yang berkhidmat dengan mana-mana Pihak Berkuasa dan/atau Agensi Penguatkuasaan dan/atau Agensi Kerajaan dan/atau swasta.
  • Lain-Lain jenis laporan dan/atau aduan rasmi bagi pihak anda.

Dalam memberi suatu kesan yang lebih efektif, kami di surat2u.com akan memudahkan anda dengan mendengar, menilai, menggubal, menyediakan dan akhirnya menyerahkan kepada anda laporan dan/atau aduan  rasmi yang anda perlukan tersebut.